Thursday, October 20, 2016

Selamat Datang...

Assalamualaikum, Selamat Datang kepada para pengunjung yang budiman ke Blog Info Perlindungan Kewangan. 


Info-info terkini berkaitan skim simpanan, pelaburan dan perlindungan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Istilah-istilah berikut akan digunakan dan tuan-tuan dan puan-puan perlu memahami apabila membaca maklumat dalam blog ini atau mana-mana blog berkaitan Takaful.

1.     TPD = Total Permanent Disability ( Hilang Upaya Kekal).
2.     CI = Critical Illness (Penyakit Kritikal (PK)).
3.     D = Death (Kematian).

Senario sekarang secara realitinya masih ramai masyarakat Islam khususnya di Malaysia masih tidak dapat membezakan antara Takaful dan Insuran. Masih ramai juga yang memandang sinis dan negatif terhadap Operator Takaful maupun Perunding Takaful. Apabila di buat survey di tempat-tempat awam...masih ada yang bertanya patuh shariah ke? Walaupun pelan yang dinyatakan adalah untuk perancangan ibadat Haji dan Umrah di tanah suci Mekah. 

Blog ini diharap dapat menjawab kemusykilan kebanyakan maupun segelintir masyarakat kita terhadap status Takaful dan Insuran. 

Takaful bermaksud perkongsian, tolong menolong dan bantu membantu sesama peserta/pencarum dan berasaskan semangat kerjasama dan 'tabarru. Manakala insuran konvensional berdasarkan komersial semata-mata. Tetapi pelan yang ditawarkan oleh  kedua-dua operator Takaful dan Insuran adalah sama iaitu manfaat perlindungan.

Tetapi perbezaan dari segi konsep dan operasi yang dilaksanakan oleh Takaful dan Insuran.
Perbezaan yang utama Takaful dengan Insuran konvensional ialah Takaful dipantau oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC) bagi memastikan tidak terlibat dengan unsur riba, gharar (Ketidakpastian), dan maisir (Perjudian) dalam urusan dan kontrak yang dijalankan. Manakala Insuran konvensional tiada Majlis Penasihat Syariah.
Selain daripada itu, keuntungan takaful akan dikongsi di antara pengendali Takaful (Syarikat) dan peserta berasaskan mudharabah atau yuran pencapaian pelaburan. Manakala insuran konvensional mengamalkan sistem faedah.
Pada zaman teknologi maklumat (IT) sekarang, para pembaca boleh mendapatkan banyak maklumat yang berkaitan dengan membuat kajian-kajian di internet mengenai Takaful.
Buat perancangan mulai sekarang dan carumkan lebih kurang 10% (peratus) daripada pendapatan anda untuk Takaful. Fikirkan mana yang lebih manfaat bil-bil biasa yang dibayar tanpa perlindungan ataupun bil Takaful? Anda mampu mengubahnya.....

Maklumat yang dinyatakan dalam penulisan Blog ini adalah maklumat ringkas sahaja. Untuk mengetahui secara terperinci Tuan/Puan boleh menghubungi saya 
019-6122150-Wan Mohd Azhan (Call/SMS/WhatsApp/Telegram) untuk temujanji atau mendapatkan quotation percuma berkaitan perlindungan kewangan yang bersesuaian dengan anda dan keluarga tercinta.

Jom kita Carum dalam Takaful.....untuk manfaat yang tidak terduga....

No comments:

Post a Comment