Sunday, November 13, 2016

Kenapa Perlu Berhibah?

Bersua kembali kita, kali ini saya ingin membawa para pembaca memahami kenapa perlu di Hibah (Hadiah) kepada orang tersayang.

1)     Apa hadiah terbesar diberi kepada keluarga?
2)     Apakah hadiah terakhir yang ditinggalkan kepada keluarga?
Suka saya ceritakan mengenai pengurusan harta pusaka masyarakat islam di Malaysia masih pada tahap yang kurang efisien . Antara faktor mengapa perkara ini terjadi antaranya waris si mati :-
1) "Kurang kesedaran dan sikap ambil mudah menangguh permohonan pembahagian harta pusaka menjadi satu daripada faktor penyebab kira-kira RM60 bilion jumlah harta tidak dituntut oleh waris si mati sejak Malaysia mencapai kemerdekaan hingga hari ini" 
2) Sikap tidak mahu ambil tahu prosedur yang perlu dilalui atau agensi mana yang sepatutnya menguruskan urusan pembahagian harta pusaka juga menjadi faktor penangguhan dalam kalangan waris untuk memulakan tindakan membuat permohonan.

3) Ada juga waris yang anggap proses untuk memohon pembahagian harta ini lambat, mahal dan menyusahkan sehingga menyebabkan harta si mati dibekukan, tanah menjadi terbiar dan tidak terurus dan paling mustahak status pemilikan tidak rasmi boleh mengakibatkan isu termakan harta yang bukan hak atau harta anak yatim,"

Idea amnya saya bahagikan kepada dua situasi yang berbeza untuk renungan kita bersama:-

Situasi pertama

Si A berumur 45 tahun mempunyai 1 orang isteri, ayah dan ibu serta 2 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan. Sumber pendapatan utama adalah dari pekerjaan yang memperolehi pendapatan bersih RM2500 sebulan. Beliau menyimpan sebanyak RM200 sebulan dari umur 25 tahun. Dalam masa 20 tahun simpanan tunai beliau RM48,000 dan EPF RM50000. Beliau tidak mencarum dalam apa-apa Takaful. Pada umur 45 tahun beliau meninggal kerana serangan jantung. Nilai harta yang ditinggalkan bernilai RM500,000 dan wang tunai RM48,000. Isteri surirumah sepenuh masa.

Situasi kedua

Si B berumur 45 tahun mempunyai 1 orang isteri, ayah dan ibu serta 2 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan. Sumber pendapatan utama adalah dari pekerjaan yang memperolehi pendapatan bersih RM2500 sebulan. Beliau menyimpan sebanyak RM200 sebulan dari umur 25 tahun. Dalam masa 20 tahun simpanan tunai beliau RM48,000 dan EPF RM50000.
Beliau telah mengambil Takaful Ummahlink dengan caruman RM150 sebulan ketika berumur 40 tahun dengan perlindungan asas RM 150000 dan di Hibahkan kepada isterinya. . Semasa mununaikan Haji dan Umrah di tanah suci Mekah ketika berumur 45 tahun beliau meninggal dunia.
Pihak Takaful telah memberi pampasan dua kali ganda perlindungan asas iaitu RM300,000 kepada isterinya Nilai harta yang ditinggalkan bernilai RM500,000 dan wang tunai RM48,000. Isteri surirumah sepenuh masa.

Dalam kedua-dua kes di atas, perkara yang wajib diselesaikan segera ialah urusan pengurusan jenazah, hutang piutang si mati samada hutang dengan manusia maupun hutang dengan Allah, wasiat, harta sepencarian dan akhir sekali pengurusan harta pusaka.  

Bagi situasi A, jumlah wang tunai yang diperolehi oleh isteri RM48,000. Jika perbelanjaan bulan RM4,000 sebulan dalam setahun wang akan habis dibelanjakan. Dan isteri serta ayah dan ibu simati tidak mampu membayar wang pengurusan harta pusaka untuk melantik pentadbir harta pusaka. Ini akan menyebabkan harta simati akan dibekukan sementara oleh Mahkamah. Pihak waris maupun isteri akan mengalami kehidupan yang mencabar untuk menyara kehidupan anak-anak sehingga mereka mampu berdikari dan bekerja sendiri.

Manakala bagi situasi B, isteri simati akan menerima pampasan dari perlindungan Takaful RM300,000 beserta tunai RM48,000. Wang tersebut dapat digunakan lebih kurang 7 tahun lebih jika belanja RM4,000 sebulan.
Di samping itu, isteri simati boleh membayar yuran pengurusan harta pusaka kepada pentadbir harta pusaka yang dilantik tanpa sebarang masalah. Setelah itu harta yang ditinggalkan dapat dibahagikan secara faraid kepada waris yang layak menerima. Anak-anak akan membesar dalam keadaan yang tenang dan selesa sehingga mereka dapat berdikari dan bekerja sendiri.

Secara ringkasnya inilah fungsi Hibah yang dilakukan oleh pencarum dan boleh digunakan sebagai modal pengurusan harta pusaka disamping menanggung kehidupan keluarga untuk tempoh tertentu sebelum isteri memperolehi kerja yang stabil dan terancang untuk meneruskan kehidupan dengan tenang pada masa akan datang.

Nota: Situasi diatas atas contoh kepentingan HIBAH untuk yang tersayang. Pengurusan Harta Pusaka akan diuruskan oleh pentadbir harta pusaka yang dilantik untuk pembahagian secara Faraid. Pihak Takaful tidak menyediakan perkhidmatan ini. Pihak Takaful hanya menawarkan pelan Hibah.

JOM BERHIBAH…..Call/WhatSapp/Telegram/SMS
Wan Azhan 019-6122150 Takaful Consultant.



Thursday, November 10, 2016

HIBAH (PEMBERIAN/HADIAH)

Manfaat takaful dihibahkan berbanding faraid

Sumber dari : 
http://www.bharian.com.my/node/55193

Peserta takaful boleh menarik nafas lega apabila Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan. Ini bermaksud sebarang faedah kematian boleh diberi terus kepada penama tanpa perlu difaraidkan. Keputusan MPS pada 5 November 2014 berasaskan pertimbangan memandangkan peserta memilih untuk membahagikan manfaat takaful kepada penama secara hibah ketika hidup (peserta), adalah adil dan munasabah jika setiap penama mendapat bahagian sama rata bukan peratusan bahagian masing-masing.

Kaedah itu boleh mengelakkan timbulnya persengketaan sesama penama jika satu pihak mendapat bahagian yang lebih berbanding pihak lain. Dalam kes kematian penama sebelum kematian peserta dan tiada penamaan baharu dibuat, hibah manfaat akan dikembalikan kepada peserta kerana tiada penerima bahagian hibah itu. Oleh itu, bahagian manfaat itu hendaklah diurus berdasarkan hukum dan prinsip faraid selepas kematian peserta kerana manfaat itu akan menjadi sebahagian daripada harta peserta. MPS pada mesyuarat ke-114 pada 28 Julai 2011 juga memutuskan jika penamaan dibuat kepada lebih daripada seorang benefisiari tanpa menyatakan bahagian peratusan masing-masing, pembahagian manfaat takaful perlu diberi secara sama rata kepada setiap penama sebagai benefisiari.

Resolusi ini dinyatakan dengan jelas dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dalam Jadual 5 yang mengatakan peserta takaful berhak menamakan sesiapa sahaja sama ada sebagai penama atau pentadbir bagi faedah takaful.

Apa itu hibah

Hibah bermaksud pemberian pemilikan sesuatu barang kepada seseorang tanpa sebarang balasan. Ia adalah kontrak satu pihak dan mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat, iaitu barang atau harta yang halal serta mempunyai nilai di sisi syarak.

Barang dihibahkan mestilah wujud ketika dihibahkan. Mengikut Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali, hibah terhadap harta yang dikongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Mengikut Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan daripada penggadai atau peminjam. Ini juga terpakai kepada rumah yang diinsuranskan di bawah MRTA yang ingin dihibahkan perlu mendapatkan keizinan dari pihak bank.

Hibah terletak di bawah bidang kuasa pentadbiran agama Islam di setiap negeri dan secara langsung ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ini dinyatakan dengan jelas dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Kebanyakan Mahkamah Syariah menggunakan perkataan 'alang' sama ada ketika marad-al-maut, alang hayat atau ketika hidup dan 'penyelesaian yang dibuat tanpa balasan' merujuk kepada hibah atau pemberian. Penggunaan perkataan sama dapat dilihat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri seperti Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Peserta takaful ada hak Seksyen 46 (2) (b), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah, termasuk mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding berkaitan wasiat atau alang ketika marad-al-maut, alang ketika hidup atau penyelesaian dibuat tanpa balasan memadai dengan wang atau nilaian wang. Undang-undang sudah memberikan kuasa penuh kepada peserta takaful dalam melantik penama sebagai pemegang amanah, pentadbir atau penerima hibah.

Kebanyakan syarikat takaful hari ini menyediakan takaful berserta pelaburan. Ini juga terpakai kepada simpanan akaun pelaburan takaful, melainkan peserta telah mengatakan dengan jelas sebaliknya. Berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penama hanyalah pentadbir. Ini diputuskan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 yang mengatakan lantikan penama oleh orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi mereka menyimpan adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka cuma ia sebagai pelaksana untuk membahagi harta pusaka itu kepada waris mengikut hukum syarak. Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-49 pada 10 September 2000 menjelaskan, wang KWSP dan wang simpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid.


Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid. Selangor turut mewartakan Hukum Simpanan Wang KWSP pada 9 Mei 2002 bagi ahli beragama Islam yang meninggal dunia yang menjelaskan bahawa wang KWSP yang disimpan ahli dianggap harta pusaka. Kaedah pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid.

Sumber dari : 
http://www.bharian.com.my/node/55193

Jom Berhibah dengan Takaful- Hubungi 019-6122150 Wan 

Azhan untuk maklumat lanjut maupun temujanji....Kita tidak

 tahu apa yang akan terjadi esok..tapi kita boleh merancang awal 

untuk menghadapi sebarang kemungkinan....