Sunday, November 13, 2016

Kenapa Perlu Berhibah?

Bersua kembali kita, kali ini saya ingin membawa para pembaca memahami kenapa perlu di Hibah (Hadiah) kepada orang tersayang.

1)     Apa hadiah terbesar diberi kepada keluarga?
2)     Apakah hadiah terakhir yang ditinggalkan kepada keluarga?
Suka saya ceritakan mengenai pengurusan harta pusaka masyarakat islam di Malaysia masih pada tahap yang kurang efisien . Antara faktor mengapa perkara ini terjadi antaranya waris si mati :-
1) "Kurang kesedaran dan sikap ambil mudah menangguh permohonan pembahagian harta pusaka menjadi satu daripada faktor penyebab kira-kira RM60 bilion jumlah harta tidak dituntut oleh waris si mati sejak Malaysia mencapai kemerdekaan hingga hari ini" 
2) Sikap tidak mahu ambil tahu prosedur yang perlu dilalui atau agensi mana yang sepatutnya menguruskan urusan pembahagian harta pusaka juga menjadi faktor penangguhan dalam kalangan waris untuk memulakan tindakan membuat permohonan.

3) Ada juga waris yang anggap proses untuk memohon pembahagian harta ini lambat, mahal dan menyusahkan sehingga menyebabkan harta si mati dibekukan, tanah menjadi terbiar dan tidak terurus dan paling mustahak status pemilikan tidak rasmi boleh mengakibatkan isu termakan harta yang bukan hak atau harta anak yatim,"

Idea amnya saya bahagikan kepada dua situasi yang berbeza untuk renungan kita bersama:-

Situasi pertama

Si A berumur 45 tahun mempunyai 1 orang isteri, ayah dan ibu serta 2 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan. Sumber pendapatan utama adalah dari pekerjaan yang memperolehi pendapatan bersih RM2500 sebulan. Beliau menyimpan sebanyak RM200 sebulan dari umur 25 tahun. Dalam masa 20 tahun simpanan tunai beliau RM48,000 dan EPF RM50000. Beliau tidak mencarum dalam apa-apa Takaful. Pada umur 45 tahun beliau meninggal kerana serangan jantung. Nilai harta yang ditinggalkan bernilai RM500,000 dan wang tunai RM48,000. Isteri surirumah sepenuh masa.

Situasi kedua

Si B berumur 45 tahun mempunyai 1 orang isteri, ayah dan ibu serta 2 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan. Sumber pendapatan utama adalah dari pekerjaan yang memperolehi pendapatan bersih RM2500 sebulan. Beliau menyimpan sebanyak RM200 sebulan dari umur 25 tahun. Dalam masa 20 tahun simpanan tunai beliau RM48,000 dan EPF RM50000.
Beliau telah mengambil Takaful Ummahlink dengan caruman RM150 sebulan ketika berumur 40 tahun dengan perlindungan asas RM 150000 dan di Hibahkan kepada isterinya. . Semasa mununaikan Haji dan Umrah di tanah suci Mekah ketika berumur 45 tahun beliau meninggal dunia.
Pihak Takaful telah memberi pampasan dua kali ganda perlindungan asas iaitu RM300,000 kepada isterinya Nilai harta yang ditinggalkan bernilai RM500,000 dan wang tunai RM48,000. Isteri surirumah sepenuh masa.

Dalam kedua-dua kes di atas, perkara yang wajib diselesaikan segera ialah urusan pengurusan jenazah, hutang piutang si mati samada hutang dengan manusia maupun hutang dengan Allah, wasiat, harta sepencarian dan akhir sekali pengurusan harta pusaka.  

Bagi situasi A, jumlah wang tunai yang diperolehi oleh isteri RM48,000. Jika perbelanjaan bulan RM4,000 sebulan dalam setahun wang akan habis dibelanjakan. Dan isteri serta ayah dan ibu simati tidak mampu membayar wang pengurusan harta pusaka untuk melantik pentadbir harta pusaka. Ini akan menyebabkan harta simati akan dibekukan sementara oleh Mahkamah. Pihak waris maupun isteri akan mengalami kehidupan yang mencabar untuk menyara kehidupan anak-anak sehingga mereka mampu berdikari dan bekerja sendiri.

Manakala bagi situasi B, isteri simati akan menerima pampasan dari perlindungan Takaful RM300,000 beserta tunai RM48,000. Wang tersebut dapat digunakan lebih kurang 7 tahun lebih jika belanja RM4,000 sebulan.
Di samping itu, isteri simati boleh membayar yuran pengurusan harta pusaka kepada pentadbir harta pusaka yang dilantik tanpa sebarang masalah. Setelah itu harta yang ditinggalkan dapat dibahagikan secara faraid kepada waris yang layak menerima. Anak-anak akan membesar dalam keadaan yang tenang dan selesa sehingga mereka dapat berdikari dan bekerja sendiri.

Secara ringkasnya inilah fungsi Hibah yang dilakukan oleh pencarum dan boleh digunakan sebagai modal pengurusan harta pusaka disamping menanggung kehidupan keluarga untuk tempoh tertentu sebelum isteri memperolehi kerja yang stabil dan terancang untuk meneruskan kehidupan dengan tenang pada masa akan datang.

Nota: Situasi diatas atas contoh kepentingan HIBAH untuk yang tersayang. Pengurusan Harta Pusaka akan diuruskan oleh pentadbir harta pusaka yang dilantik untuk pembahagian secara Faraid. Pihak Takaful tidak menyediakan perkhidmatan ini. Pihak Takaful hanya menawarkan pelan Hibah.

JOM BERHIBAH…..Call/WhatSapp/Telegram/SMS
Wan Azhan 019-6122150 Takaful Consultant.



No comments:

Post a Comment